Wednesday, February 12, 2020

Blog Untuk Otai

Selamat datang ke laman blog baru saya.

Apabila saya mencari rujukan di Internet untuk orang yang sudah bersara, saya dapati kurang bahan berkaitan dalam Bahasa Malaysia. Lantaran itu saya mengambil keputusan untuk menulis blog berkaitan. Untuk bersedeqah wang ringgit agak terhad, jadi saya mengambil keputusan untuk menyediakan laman ini sebagai amal jariah saya untuk bacaan dan rujukan mereka yang singgah di blog saya ini :)

 Saya sudah beberapa kali memulakan blog tetapi sekadar "hangat-hangat tahi ayam", kerana saya kurang fokus, dan faktor yang paling besar ialah kerana KEMALASAN di tahap yang tinggi. Ada juga waktu apabila saya kehabisan idea, maka blog saya pun tinggal terbiar. Saya harap blog ini tidak menjadi sedemikian, dan akan terus aktif....


No comments:

Post a Comment