Thursday, February 13, 2020

Berkebun Untuk Kesihatan


Ada kawan terkejut apabila saya kata saya mesin sendiri rumput di keliling rumah saya.
"Belajar penat-penat, takkan nak jadi tukang kebun",
"Alah... upah je lah... bukan mahal pun",
"Hari-hari biasa aku kerja, hujung minggu nak rehat lah.... Upah je senang",

Sebenarnya memesin rumput saya buat sendiri sejak zaman saya berkerja, sehingga lah sekarang, apabila saya sudah tidak bekerja. Bagi saya, itu lah salah  satu cara saya bersenam. Saya tak perlu je gim, atau jln kaki keliling taman perumahan saya. Setiap kali saya berkebun, saya akan berpeluh dengan

Bagi mereka yang kalau dulu ingin berehat di hujung minggu, kini setelah bersara, anda berehat setiap hari! Apa kata gunakan salah satu daripada tujuh hari seminggu itu untuk berkebun? Jimat sedikit perbelanjaan kita.

Selain daripada memastikan rumput dipotong pendek, kita boleh menanam beberapa tanaman yang senang dijaga, seperti halia, serai, kunyit, lengkuas, daun kari dan pandan. Kepada yang meminati pokok bunga, boleh juga mula menanam pokok-pokok bunga yang anda minati. Lebih kerap kita mengadap pokok-pokok kita, lebih sehat kita akan rasa, insya-Allah.

Ini ialah pokok limau nipis saya yang baru berbunga semula, sedangkan buah di pokok masih belum habis dituai (kerana masih muda). Walau pun di tanam dalam pasu, ia tetap berbuah, hati pun berbunga-bunga bila melihat keadaan begini 😍


No comments:

Post a Comment