Kehidupan Lebih Bererti Selepas Bersara
Thursday, February 13, 2020
Berkebun Untuk Kesihatan
Ada kawan terkejut apabila saya kata saya mesin sendiri rumput di keliling rumah saya.
"Belajar penat-penat, takkan nak jadi tukang kebun",
"Alah... upah je lah... bukan mahal pun",
"Hari-hari biasa aku kerja, hujung minggu nak rehat lah.... Upah je senang",
Sebenarnya memesin rumput saya buat sendiri sejak zaman saya berkerja, sehingga lah sekarang, apabila saya sudah tidak bekerja. Bagi saya, itu lah salah satu cara saya bersenam. Saya tak perlu je gim, atau jln kaki keliling taman perumahan saya. Setiap kali saya berkebun, saya akan berpeluh dengan
Bagi mereka yang kalau dulu ingin berehat di hujung minggu, kini setelah bersara, anda berehat setiap hari! Apa kata gunakan salah satu daripada tujuh hari seminggu itu untuk berkebun? Jimat sedikit perbelanjaan kita.
Selain daripada memastikan rumput dipotong pendek, kita boleh menanam beberapa tanaman yang senang dijaga, seperti halia, serai, kunyit, lengkuas, daun kari dan pandan. Kepada yang meminati pokok bunga, boleh juga mula menanam pokok-pokok bunga yang anda minati. Lebih kerap kita mengadap pokok-pokok kita, lebih sehat kita akan rasa, insya-Allah.
Ini ialah pokok limau nipis saya yang baru berbunga semula, sedangkan buah di pokok masih belum habis dituai (kerana masih muda). Walau pun di tanam dalam pasu, ia tetap berbuah, hati pun berbunga-bunga bila melihat keadaan begini 😍
Wednesday, February 12, 2020
Blog Untuk Otai
Selamat datang ke laman blog baru saya.
Apabila saya mencari rujukan di Internet untuk orang yang sudah bersara, saya dapati kurang bahan berkaitan dalam Bahasa Malaysia. Lantaran itu saya mengambil keputusan untuk menulis blog berkaitan. Untuk bersedeqah wang ringgit agak terhad, jadi saya mengambil keputusan untuk menyediakan laman ini sebagai amal jariah saya untuk bacaan dan rujukan mereka yang singgah di blog saya ini :)
Saya sudah beberapa kali memulakan blog tetapi sekadar "hangat-hangat tahi ayam", kerana saya kurang fokus, dan faktor yang paling besar ialah kerana KEMALASAN di tahap yang tinggi. Ada juga waktu apabila saya kehabisan idea, maka blog saya pun tinggal terbiar. Saya harap blog ini tidak menjadi sedemikian, dan akan terus aktif....

Subscribe to:
Comments (Atom)